Deep . Die . Down
Tuesday, June 10, 2014 ★ 7:08 AM │
Assalamualaikum , haii moh sambung cerita semalam :)
Kalau semalam dah letih cerita pasal tempat kerja why not aku skip kepada 20/3/2014 . Hmm , siapa tahu ? *angkat tangan* :) nak bagi cokelat nih . Haha , aku tahu blog aku nih bersisa dah takde orang nak baca tapi takpelah . Emm , emm heheh biar lah aku syok sendiri sensorang kan. Okay tarikh tu ialahhhh tarikh keluar nya result SPM , alhamdulillah aku tenang harungi hari tersebut dengan berbunga nya hati aku dgn kerinduan kepada kanak-kanak sahabat aku. Heyy , memang cerita dia melepak kat situ lah :) Yea alhamdulillah aku dapat 6A 1B 2C 1e . Haha nampak tak cekonet je E tuu , well addmath lah tu . syukur lah :O

Hai sekolah , hehe lepasni aku akan masuk balik ke alam persekolahan dimana aku kena jadi kanak-kanak ribena balik , rules , disciplined and school uniform . katanya pra-u dah boleh pakai baju biasa . tapi sekolah aku still nak tunggu pekeliling katanya . takpe lah cerita nya tanggal 10 /5/2014 result UPU keluar . tapi bukan rezeki aku untuk dapat tempat kat salah satu U yg ditawarkan. mungkin saigan nya terlalu banyak. Hmm , ya allah tipu lah kalau aku tak rasa putus asa bila aku bukak je ayat nya DUKACITA . walhal bukan aku seorang je yg tergolong , geng aku semua nya berjaya sama mcm aku tapi bukan rezeki. mungkin silap aku masa isi dulu kot. so harapan aku sekarang sekiranya aku mmg nak masuk U aku akan tunggu Uitm buat second intake . inshaallah aku cuba dalam masa yg sama azam aku yg baru bila aku dlm form6 .

ayat yang betul2 menikam dada aku dgn benda yg aku taknak . "Apapun aku taknak form 6 ". Haha , aku silap kat situ lah tempat kau mira , bangun dah sedar yg tempat kau mmg dekat situ. aku menangis , patah semangat aku , aku hilang arah , pudar keyakinan aku , kekuatan aku luntur dimamah emosi yg aku sendiri tak kan mampu hadapi bila apa yg aku harap bukan milik aku . Hmm , korang yg dapat sambung belajar tu pergi lah belajar. rezeki aku mungkin dekat lain. bila masa makin beralih , aku sedarkan diri aku dari apa lamunan aku selama ini . aku kembali berdoa hari2 agar allah beri aku kekuatan untuk terima semua yg dia tentukan. bohong lah kalau aku mampu lupakan semua macamtu aje. sama mcamana sekarang aku menaip jari ak menaip laju seperti faham apa yg hati aku rasa sebenarnya.


Keluarga paling banyak bantu aku pulihkan semula semangat aku. terima kasih ya allahkau hadirkan kekuatan pada aku dlm bentuk begini. terutama kakak aku yg paling kiri sekali dalam gambar. banyak nasihat yg dia bagi dekat aku untuk aku sentiasa bersabar dlm dugaan kali ni. tak lupa jugak pada kesayangan kawan2 aku , kawan rapat yg sentiasa bagi semangat untuk aku pulih semula walaupun tak sepenuhnya. tapi aku masih mampu rasa dgn semangat diorang sikit sebanyak aku ampuhkan diri aku. Bangkit semula dan hadapi segalanya .

Demi hati , bersabar lah menerima dugaan ini , kuatkan diri sebagai mana yg kau pernah lalui , takkan bisa kau jatuh sekiranya dugaan ini bukan untukmu sayang. percayalah pada sang pencipta mu. segalanya dia maha mengetahui , biar lambat atau cepat pasti akan tiba suatu hari nanti kau akan berada jauh lebih berjaya dari mereka, jangan mudah putus asa , tetapkan hati dalam segala yang kau lakukan . inshaallah akan ada berkat nya suatu hari nanti . Jangan biar org sekelilingmu jadikan kau lemah keran hanya aku yg benar2 tahu betapa kuatnya hati ini , betapa dia bukan mudah putus asa , dan aku kenal hati ini sungguh tabah . teruskan senyum agar kau mampu ubati luka dalam yg jika kau biar akan mati :)
thank youu :* Assalamualaikum.
2014
Monday, June 9, 2014 ★ 9:49 AM │
Assalamualaikum .
hai semuaa , apa khabar ? haha berkurun dah aku tak update . lama menyepi blog aku , kalau dulu dok rajin jugak ni takdak dah .
hmm , okay lah why not aku story pasal apa yg jadi since aku habis exam spm ? *kibas kain* . hahaha
Okayy , 5/12/2013 paper terakhir aku , sains sukan. seronok dia jangan lah ditanyaa . girang bukan main bila habis tapi dalam duk seronok aku lupa yg zaman sekolah aku dgn kawan2 aku dah berakhir. lepasni semua buat hal masing2 , betul lah tuu. dah takde gosip sama2 , puasa , buat revision lepak semuaa . hmmm
Lepas je habis paper , esok tu jugak aku packing barang and hidup hampir setengah tahun dekat Kuala Lumpur , but alhamdulillah selama aku kat sini aku takdak lah problem nak jaga diri . yelaa dgn perangai aku yg dah biasa dgn keadaan sosial . mmg lah aku ni tak baik mana pun. *muka belagak* apa pun tu dulu kot . huemmm , yela manusia sentiasa buat salah. bagi lah dia peluang untuk berubah bukan kutuk dia lagi .
Kay kay , sambung kisah nyee . aku ada cakap rasanya aku kerja tang mana . hahah , aku start kerja 16/12/2013 . aku ingat lagi . cam pelak kedai makan ni , membunuh betul . busy dia nalaaaaa redek ah . hahaha JOHNNY'S restaurant boh . tak ramai tahu kot . emmm :)
okayy ni salah satu favourite aku lah :) haha , bbq beef noodles . hijau sbb pakai spinach noodles .
perghh ni favourite fried rice aku , hehe . thai pineapple rice .
ini lah tempat nyaaa. memang aku google oulet dia dekat AU2 . kat sini services paling tiptop. ehem aku penah merasa kayy QSC . and jadi employee of the month . haha bangga kot padahal baru je keje 3 bulan time tuu . rezekii.
Ni pulak antara plate steambot ,tu baby kailan , stuffed chilli , chicken fillet , oyster mushroom , and tofu. Acewah aku hafal lagi kot mana dok lupa.
ni pulak chicken wing paling lazat aku penah makan . haha senang cerita semua benda kat johnnys adalah sedap . aummmmnomnom .
Benda paling best kat sini ialah aku hari2 belajar cakap english jee. hah sebab ramai foreigner lah ! lepastu gaji dia sangat lumayan . walaupun aku just part time tapi aku kene keje mcm ful time. and benda paling sukar ialah pressure nak jaga customer satu hal cooperation dgn workers lepastu kena tadah lah telinga kena marah dgn manager, and paling bangsat sekali aku takleh terima bila time busy. peluh jantan dah kaki aku macam nak cabut jee. haha
Berkat kesabaran aku , aku mampu lah miliki apa yg aku nak dengan duit aku sendiri. antara nyaa .
.
.
.
.
merasa lah aku pakai . z ultra je harga nya RM 16xx masa aku beli . alhamdulillah beli pun sbb phone aku hilang. tercicir . takpe aku sedekah jee.
and laptop , harga nya RM15xx sahaja . lenovo G400s je lah . nak guna if nak sambung belajar .
hmm , aku berenti kerja bulan 4 sbb dah terlalu letih and uniform aku dah cam sial je koyak merata . haha
The end . nanti aku sambung lain . letih dah :3 goodnite
byee , assalamualaikum :)
OLDER POST |